Tuesday 9 July 2013

Ramadhan Di Puncak

RAMADHAN MENJELANG KINI.......  
     
Ahlan wasahlan ya Ramadhan al-Mubarak. ☺

             Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini. Puasa wajib tau... (jgn tinggal-tinggal, nanti kena ganti).

Ayat al Quran mengenai puasa Ramadhan..
                                           
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. 

        Saya menyambut kedatangan bulan Ramadhan kali ini dgn kawan-kawan di kolej. Tak balik rumah lagi walaupun dah habis peperiksaan akhir semester hari isnin lalu. Jadinya, saya pun bersahur dengan kawan saya. ini makanan kami  tadi... ( Biskut Marie + Shake Strawberry + Air masak ) Lagipun ini bulan Ramadhan yg pertama, saya berpuasa dengan Herbalife. Jom Ubah!!


                Bersahur bersama Shake HERBALIFE , insyaALLAH ia adalah makanan nutrisi yang lengkap dan memberikan anda tenaga yg secukupnya untuk kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan ini. Jom Ubah!


                Suasana berpuasa di Puncak Alam ini berbeza daripada berpuasa di rumah. Mana tidak nya, makanan mesti dimasak kalau berada di rumah, kat Puncak ini ada Bazar Ramadhan.


                                       Permandangan tapak Bazar Ramadhan dari kolej saya



Puasa ialah ibadah yg juga menjadi terapi mengubati dalaman serta luaran sekiranya kita  melakukannya dgn sempurna...
Ramadhan madrasah tarbiah. Semoga dapat graduate dengan jayanya. InsyaALLAH :)
JANGAN TINGGAL SOLAT SUNAT TARAWIH .
Salam ramadan buat semua. Sihat bertenaga hadapi ibadah di bulan ramadan, kekal langsing dan sihat di hari raya.

JOM KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA SEPANJANG HARI. #HERBALIFE #Jom Ubah!
KALAU BERMINAT, BOLEH EMAIL SAYA ( arfahym93@gmail.com ) untuk info yang selanjutnya.

Wednesday 26 June 2013

Final Exam 2nd sem

Bismillahirrahmanirrahim...
(Dgn nama ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang)

Bermula nya minggu ini, kami warga pelajar ijazah UiTM menghadapi pepriksaan akhir sem. insyaALLAH, doakan kami berjaya yeee.... ni jadual kami (Optometri Sem 2)

(nasib baik ade 'gap' utk study lebih, x mcm sem lepas)
smbil saya mengulangkaji sebagai preparation final exam ni, mesti minum shake HERBALIFE... penuh dgn nutrisi yg lengkap. itulah mkn mlm saya setiap hari. ni chocolate shake td (dah habis,,,heeeeeee)

sedap nyerr......yummy...

smbil tu jugak , roomate saya mkn biskut batik buatan sendiri. nasib la klu sapa2 yg duduk kolej tu. resepi dia - biskut wheatmeal + serbuk milo... pon jadi peneman study mlm2 mcm ni. hehehe


huhu...makan je la selagi ade makanan dalam bilik ni ha....asalkan makanan tu halal

sekian je la kali ni, good luck semua. wish you all the best! Chaiyok2.....
Tak sabar nk habiskan exam kali ni. Semangat!!!

Monday 24 June 2013

Salam perkenalan semua!!

         

         
           Assalamu'alaikum w.b.t. Utk memulakan bicara untuk pertama kalinya...saya ingin memanjat segala kesyukuran kepada-Nya kerana dapat lagi kita bernafas di atas muka bumi yang penuh barakah ini.

           Untuk pertama kalinya, saya ingin memperkenalkan  diri saya. Saya (AMAL) hanyalah insan kerdil yang masih menuntut pelajaran di salah sebuah universiti di bumi Malaysia kini. Ini lah Universiti yang saya cintai. UiTM di Hatiku. 

UITM TEKNOLOGI MARA


Kampus Puncak Alam, Selangor

           Sekarang masih berada di Tahun Satu ( Semester Dua ). Optometry, You Are My Destiny.                ( InsyaALLAH,,,,one day,  i'll be a professional optometrist....doakan saya yeee )



Inilah nama persatuan kami OPTIMIST (Persatuan Pelajar-Pelajar Optometry)
Nak tahu lebih lanjut mengenai persatuan kami, boleh la melawat ke blognya.


Inilah wajah-wajah kawan satu batch dengan saya.( Gambar Sem 1 )

Harap dengan adanya blog ini, kita dapat menjalikan silaturahim sekali gus dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama insan. InsyaALLAH. Saya teringat satu hadis ini.....

“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia sukakan menjalin silaturrahim” (Hadith Riwayat Al- Bukhari).

Sekian coretan kali ini. Jumpa lagi di masa akan datang, insyaALLAH klu ada rezeki. wassalam ^_^